Oleh: Muhammad Rey Hazriell
PUCHONG, 6 JULAI: Penganjuran Hari Terbuka Dana Esukan KBS 2025 hari ini bukan saja memberi peluang kepada belia menyalurkan minat terhadap permainan digital tetapi juga membina komuniti dan masa depan golongan itu.
Penganjur program, Zul Imran Ishak, 35, berkata, Esukan juga bukan sekadar permainan tetapi ruang dan peluang untuk mengetengahkan bakat dari peringkat akar umbi.
[caption id="attachment_709012" align="alignleft" width="500"] Zul Imran Ishak ditemui dalam Program Hari Terbuka Dana Esukan KBS 2025 di Lanai Santai, Spacerubix, Puchong pada 6 Julai 2025. Foto Muhammad Rey Hazriell/MEDIASELANGOR[/caption]
"Program ini menjadi tempat belia salur minat selain mencari bakat berpotensi.
"Selain itu dana juga penting untuk memastikan aspek nilai dan disiplin terus diperkukuh dalam kalangan penggiat industry," katanya ditemui di Lanai Santai, Spacerubix, Puchong hari ini.
Penganjur Esukan, Afrina Fatini Mohd Azmi, 26, berkata program itu memberi peluang kepadanya mendalami keperluan dan prosedur sebenar dalam menyediakan kertas cadangan mengikut garis panduan dana.
[caption id="attachment_709013" align="alignright" width="500"] Afrina Fatini Mohd Azmi ditemui dalam Program Hari Terbuka Dana Esukan KBS 2025 di Lanai Santai, Spacerubix, Puchong pada 6 Julai 2025. Foto Muhammad Rey Hazriell/MEDIASELANGOR[/caption]
“Ini sangat membantu kita belajar terus daripada sumber sah dan boleh mula rancang program dengan lebih yakin,” katanya yang turut berharap lebih ramai penyertaan wanita dan dana itu mampu mengurangkan jurang serta membuka ruang sama rata dalam industri.
Ketua organisasi Esukan Maqna Esports, Mohamad Firdaus Hakimi Othman, 30, pula menyifatkan dana itu sebagai suntikan semangat kepada organisasi untuk terus aktif dan tersusun dalam menganjurkan aktiviti.
[caption id="attachment_709014" align="alignleft" width="500"] Mohamad Firdaus Hakimi Othman ditemui dalam Program Hari Terbuka Dana Esukan KBS 2025 di Lanai Santai, Spacerubix, Puchong pada 6 Julai 2025. Foto Muhammad Rey Hazriell/MEDIASELANGOR[/caption]
“Dana ini beri panduan dan imbuhan untuk kami kembangkan aktiviti dengan lebih tersusun bila ada sokongan macam ni, lebih mudah untuk bangunkan program mampan,” katanya.
Inisiatif itu adalah sebahagian usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memperkasa industri Esukan melalui geran pembangunan komuniti, latihan, pertandingan dan penciptaan kandungan digital.
Dana Esukan KBS 2025 menawarkan pembiayaan sehingga RM19,500 bagi setiap projek, dengan sasaran menyokong penyertaan belia di seluruh negara.