ad
AGENSI

Lebih 800 pengunjung sertai program penjagaan kesihatan, larian, sukaneka antara aktiviti disediakan

6 Jul 2025, 2:14 PM
Lebih 800 pengunjung sertai program penjagaan kesihatan, larian, sukaneka antara aktiviti disediakan
Lebih 800 pengunjung sertai program penjagaan kesihatan, larian, sukaneka antara aktiviti disediakan
Lebih 800 pengunjung sertai program penjagaan kesihatan, larian, sukaneka antara aktiviti disediakan

Oleh Nur Azyyati Omar

SHAH ALAM, 6 JULAI: Program WOW Health Tour inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik penyertaan kira-kira 800 orang di Pusat Komuniti Persatuan Penduduk Seksyen 17, Shah Alam hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof berkata, program yang bermula sejak empat tahun lalu selepas pandemik itu bagi memberi pendedahan kepada rakyat kepentingan penjagaan kesihatan lebih awal.

Beliau berkata pendekatan baharu turut dilakukan kali ini apabila program dianjurkan di kawasan tumpuan masyarakat untuk meningkatkan penyertaan dan memudahkan akses orang ramai.

“Selalunya kita minta masyarakat datang ke pejabat atau tempat rasmi, tapi kali ini kita turun ke kawasan penduduk agar mereka tak perlu sewa bas atau bergerak jauh,” katanya.

Program dianjurkan bersama pelbagai pihak termasuk PKD Petaling, MPP Zon 6, komuniti setempat serta disokong oleh agensi dan penaja swasta.

Dengan tema "Ke Arah Kesihatan Optimum", program menyediakan pelbagai aktiviti menarik melibatkan semua peringkat usia termasuk pertandingan sukan, pemeriksaan kesihatan dan cabutan bertuah.

Antara aktiviti yang mendapat sambutan adalah Fun Walk 3KM, pertandingan mewarna, pertandingan bola sepak dan bola jaring serta sukaneka.

Menurut penganjur, 57 penaja terlibat dalam menjayakan program itu yang turut menawarkan 140 hamper dan pelbagai goodies kepada peserta.

Sementara itu peserta dari Dengkil, Asri Syahmi, 26, berkata, beliau bertolak seawal 6.30 pagi bersama isteri dan rakan-rakan bagi menyertai acara berjalan kaki dan pameran kesedaran kesihatan.

[caption id="attachment_709007" align="alignleft" width="604"] Asri Syahmi menyertai WOW Health Tour yang berlangsung di Seksyen 17, Shah Alam pada 6 Julai 2025. FOTO Amir Imran/Media Selangor[/caption]

“Program sebegini perlu lebih kerap diadakan kerana ia menggalakkan komuniti bersenam, ada ketika kita susah nak sihatkan badan.”

Sementara itu, sukarelawan UiTM, Angelina Bali, 20, berkata dia hadir seawal 7 pagi bagi membantu urusan peserta.

“Program ini sangat bermanfaat untuk semua lapisan umur, patut dibuat setiap tahun dan di tempat lain juga,” ujarnya.

[caption id="attachment_709008" align="alignright" width="611"] Angelina Bali (tengah) bersama rakannya menyertai WOW Health Tour yang berlangsung di Seksyen 17, Shah Alam pada 6 Julai 2025. FOTO Amir Imran/Media Selangor[/caption]

Penduduk tempatan Nur Syahida Idayu, 32, yang hadir bersama anaknya turut memuji penganjuran tersebut kerana memberi ruang kepada komuniti menyihatkan badan serta bergaul sesama penduduk.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.