ad
AGENDA

Selangor perkasa industri semikonduktor, cipta pekerjaan berpendapatan tinggi

4 Jul 2025, 10:00 AM
Selangor perkasa industri semikonduktor, cipta pekerjaan berpendapatan tinggi
Selangor perkasa industri semikonduktor, cipta pekerjaan berpendapatan tinggi
Selangor perkasa industri semikonduktor, cipta pekerjaan berpendapatan tinggi

SUBANG JAYA, 4 JUL: Penekanan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan reka bentuk litar bersepadu (IC) menjadi bukti kesungguhan Selangor untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tumpuan bukan sahaja diberikan kepada sektor semikonduktor, malah turut merangkumi e-dagang dan program pembangunan syarikat pemula melalui agensi Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

[caption id="attachment_708458" align="aligncenter" width="803"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis sambutan Ulang Tahun Ke-10 Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) di Sunway Resort Hotel & Spa, Subang Jaya pada 3 Julai 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Perbadanan Sidec melaksana pelbagai inisiatif seperti e-dagang yang turut melibatkan penjaja-penjaja selain mengembangkan program syarikat pemula sehingga mereka berjaya.

“Selepas itu, kita agresif pula dengan industri semikonduktor sejak dua tahun lepas termasuk reka bentuk IC yang boleh menawarkan gaji RM6,000 sebulan untuk graduan.

“Ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Namun, e-dagang masih lagi diutamakan dan ia dilihat apabila program Platform Selangor berjaya menjana pendapatan mencecah RM5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-10 Sidec yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya Yong Kai Peng.

Majlis tersebut turut menyaksikan pemeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Sidec, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan syarikat teknologi Artem bagi memperkukuh kerjasama dalam industri semikonduktor.

[caption id="attachment_708466" align="aligncenter" width="914"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyaksikan Pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Artem serta Permodalan Negeri Selangor Berhad sempena sambutan Ulang Tahun ke-10 Sidec di Sunway Resort Hotel, Subang Jaya pada 3 Julai 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada masa sama, tokoh berpengalaman termasuk Nurul Izzah Anwar, Dr Chiang Shang-Yi dan Dato' Lai Yit Loong diumumkan sebagai penasihat strategik baharu Sidec, selaras dengan hala tuju negeri dalam memperkukuh sektor teknologi dan inovasi.

Dalam ucapannya, Amirudin menegaskan Selangor berada pada kedudukan strategik dalam pembangunan industri semikonduktor, yang turut melibatkan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata Selangor bersedia menjadi pemain utama dalam usaha negara mencapai status ekonomi teknologi terkemuka Asia.

Mengulas pelantikan Nurul Izzah, Amirudin yakin pengalaman dan peranannya sebelum ini mampu menyumbang kepada perancangan menyeluruh industri tersebut di negeri ini.

“Nurul Izzah mempunyai peranan sendiri dan di belakang tabir dalam semikonduktor sejak tahun lepas. Diharap lantikan ini membantu menjadi penghubung kepada Kerajaan Persekutuan dan pihak lain,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.