ad
AGENSI

Manfaat sumbangan MBI sertai pertandingan, cipta nama peringkat dunia

3 Jul 2025, 9:00 PM
Manfaat sumbangan MBI sertai pertandingan, cipta nama peringkat dunia
Manfaat sumbangan MBI sertai pertandingan, cipta nama peringkat dunia
Manfaat sumbangan MBI sertai pertandingan, cipta nama peringkat dunia
Manfaat sumbangan MBI sertai pertandingan, cipta nama peringkat dunia

Oleh Muhammad Haziq Roshidi

SHAH ALAM, 3 JULAI: Penerima sumbangan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mahu memanfaatkan bantuan tersebut untuk mengembangkan lagi bakat sehingga ke peringkat antarabangsa.

Atlet lawan pedang Selangor, Saif Nordin, 15, berkata beliau bersyukur terpilih menerima bantuan tersebut yang disifatkan memudahkan lagi perjalanan kerjayanya.

"Sokongan ini sangat bagus kerana saya boleh menggunakannya untuk sertai lebih banyak pertandingan, terutama di pertandingan antarabangsa di mana saya boleh mendapatkan ranking dunia.

[caption id="attachment_708367" align="alignnone" width="800"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bersama penerima sumbangan ketika Program Serahan Sumbangan Yayasan MBI kepada atlet dari pelbagai bidang sukan di Shah Alam pada 3 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

"Dari situ saya akan lebih dekat dengan cita-cita saya untuk menyertai sukan Olimpik 2032 Brisbane," katanya pada Program Serahan Sumbangan Yayasan MBI di sini, hari ini

[caption id="attachment_708418" align="alignleft" width="348"] Atlet sukan permotoran, Sharf Muhriz Farhan[/caption]

Terdahulu, Ketua Yayasan Ahmad Azri Zainal menyampaikan sumbangan kepada 14 atlet muda dari sukan motosikal, lawan pedang, golf dan badminton termasuk persatuan hoki negeri dengan peruntukan sebanyak RM110,000.

Atlet sukan permotoran, Sharf Muhriz Farhan, 15, yang bercita-cita menyertai MotoGP suatu hari nanti berkata beliau berbesar hati menerima bantuan dan sokongan MBI.

[caption id="attachment_708419" align="alignright" width="347"] Pemain golf, Raja Muhammad Syakir Raja Mohd Sukry[/caption]

"Sumbangan ini akan memudahkan saya membuat persiapan berdepan dua pertandingan besar di dalam negara dan Jepun pada Ogos dan September nanti," katanya.

Pemain golf, Raja Muhammad Syakir Raja Mohd Sukry, 12, berkongsi perasaan sama mengatakan beliau teruja apabila usahanya dihargai MBI.

"Saya kini berlatih selepas waktu sekolah dalam dua minggu sekali demi mencapai cita-cita saya untuk sertai persatuan golf profesional," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.