ad
BERITA UTAMA

Catat KDNK RM432.1 bilion bukti aktiviti ekonomi Selangor rancak

3 Jul 2025, 4:44 PM
Catat KDNK RM432.1 bilion bukti aktiviti ekonomi Selangor rancak
Catat KDNK RM432.1 bilion bukti aktiviti ekonomi Selangor rancak

SEPANG, 3 JULAI: Pertumbuhan ekonomi Selangor kepada RM432.1 bilion direkodkan tahun lalu membuktikan aktiviti ekonomi dalam negeri ini terus bergerak rancak.

Dato’ Menteri Besar berkata pertambahan dari RM406.6 bilion yang dicatat tahun sebelumnya disokong sektor perkhidmatan dan pembuatan selain industri pembinaan yang meningkat ketara.

“Selangor terus tambah sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional kepada 26.2 peratus, meningkat 0.3 peratus dari 25.9 pada 2023.

“Kerajaan cuba dapatkan titik keseimbangan antara keperluan rakyat dan pembangunan ekonomi. Jadi kena ada garis panduan dan formula baharu untuk berjaya,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis serahan kunci Rumah Idaman Melur kepada pemiliknya di sini, hari ini.

[caption id="attachment_708342" align="alignnone" width="776"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (belakang, tengahi) bersama pemilik rumah dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Idaman Melur di Cycbersouth 10, Sepang pada 3 Julai 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Amirudin berkata kerjasama berpasukan selain usaha yang kreatif disamping inovasi menjadi kunci utama negeri dalam mengukuhkan kedudukan.

Jelasnya, kerangka pembangunan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) turut membuahkan hasil malah lebih banyak kejayaan menerusi pelaksanaan RS-2 tahun depan.

“Inilah resepi kejayaan yang akan kita teruskan dengan RS-1, 90 peratus dah berjalan. Ditambah RS-2 yang akan dibentang tahun depan.

“RS-2 akan tumpu pembangunan baharu, sub sektor baharu dan keseimbangan rakyat juga akan diberi perhatian,” katanya.

Kelmarin, laporan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan Selangor terus kukuh sebagai hab perindustrian dan perkhidmatan utama negara, dengan mencatat 6.3 peratus pertumbuhan KDNK tahun lalu.

Menurut laporan berkenaan, Selangor merekodkan KDNK berjumlah RM432.1 bilion pada tahun lalu dan menyumbang 26.2 peratus kepada KDNK nasional.

DOSM turut melaporkan ekonomi negara berkembang sebanyak 5.1 peratus pada tahun lalu, meningkat daripada 3.5 peratus pada tahun sebelumnya dengan nilai ditambah berjumlah RM1.65 trilion.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.