ad
AGENDA

Kepala kanak-kanak perempuan tersepit besi penghadang

3 Jul 2025, 4:00 PM
Kepala kanak-kanak perempuan tersepit besi penghadang

NIBONG TEBAL, 3 JULAI: Kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit di celahan besi penghadang di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Jawi Indah, di sini hari ini.

Mangsa dipercayai bermain di kawasan besi itu sebelum kejadian berlaku.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.27 pagi.

“Bomba yang tiba di lokasi tujuh minit kemudian berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu daripada besi penghadang dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi melibatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal tamat sepenuhnya pada 8.49 pagi dan mangsa berada dalam keadaan stabil serta selamat bersama penjaga.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.