ad
AGENDA

Hakim Besar Malaya Hasnah Mohammed Hashim pangku jawatan Ketua Hakim Negara

3 Jul 2025, 10:16 AM
Hakim Besar Malaya Hasnah Mohammed Hashim pangku jawatan Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR, 3 JUL: Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan menjalankan kuasa dan tugas jawatan Ketua Hakim Negara (termasuk fungsinya di bawah Perlembagaan) sehingga jawatan itu diisi.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini, ia selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Seksyen 9(1) (b) dan Seksyen 9 (3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].

“Badan kehakiman Malaysia sentiasa kekal teguh dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga keadilan dan akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk rakyat dan negara,” menurut kenyataan itu.

Hasnah yang telah bersara wajib pada usia 66 pada 15 Mei lepas disambung perkhidmatannya selama enam bulan hingga 14 Nov ini.

Jawatan Ketua Hakim Negara kosong selepas Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang juga wanita pertama memegang jawatan tertinggi kehakiman itu bersara wajib pada semalam.

Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa pada 2 Mei 2019 bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.