ad
ADN

Dana RM40,000 naik taraf gelanggang bola keranjang di Cheras

2 Jul 2025, 9:45 PM
Dana RM40,000 naik taraf gelanggang bola keranjang di Cheras
Dana RM40,000 naik taraf gelanggang bola keranjang di Cheras
Dana RM40,000 naik taraf gelanggang bola keranjang di Cheras

KAJANG, 2 JULAI: Sebanyak RM40,000 diperuntuk untuk menaik taraf papan pemarkahan kepada papan pemarkahan elektronik yang lebih canggih di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru Batu 11, Cheras.

Ahli parlimen Bangi berkata usaha itu bagi menyediakan kemudahan sukan yang lebih baik kepada belia sekali gus mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk.

“Gelanggang ini bukan sahaja menjadi lokasi utama bagi aktiviti sukan remaja, malah juga sering digunakan oleh komuniti dan jawatankuasa kampung untuk penganjuran pelbagai acara sempena sambutan perayaan.

[caption id="attachment_708227" align="alignleft" width="347"] Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan[/caption]

“Papan pemarkahan yang ada sekarang sudah berusia lebih 20 tahun. Dengan peruntukan ini, kita akan menggantikannya dengan papan elektronik yang baharu dan moden,” kata Syahredzan Johan.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan cek kepada Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Batu 11 Cheras, Loh Shee Hong di sini, hari ini.

Syahredzan menambah, beliau percaya gelanggang tersebut akan menarik lebih ramai golongan muda untuk aktif bersukan.

“Saya juga akan terus bekerjasama dengan Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong, Ong Chun Wei serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi memastikan kebajikan dan keperluan rakyat terus terpelihara,” katanya.

[caption id="attachment_708229" align="alignnone" width="796"] Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan menyerahkan cek bernilai RM40,000 kepada Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Batu 11 Loh Shee Hong bagi papan markah digital gelanggang bola keranjang di Kampung Baru Batu 11, Cheras pada 2 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Edwin Tang berkata kerja menaik taraf sistem saliran di bahagian hadapan gelanggang siap dilaksanakan tahun lalu.

“Untuk tahun ini, kami akan memohon pula dana bagi menaik taraf sistem saliran di bahagian belakang gelanggang,” katanya.

Beliau berkata, selain papan pemarkahan, pihaknya kini sedang giat mengumpul dana sebanyak RM800,000 bagi menjalankan kerja naik taraf menyeluruh.

"Setakat ini, sebanyak RM430,000 telah berjaya dikumpul dan digunakan untuk menaik taraf lantai gelanggang, bumbung serta pembinaan semula tandas.

“Kami amat berterima kasih kepada ahli parlimen dan ADN yang sentiasa memberikan sokongan kepada usaha kami,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.