ad
AGENSI

Kemudahan asing sampah kurangkan sisa pepejal sungai ke tapak pelupusan

2 Jul 2025, 5:40 PM
Kemudahan asing sampah kurangkan sisa pepejal sungai ke tapak pelupusan
Kemudahan asing sampah kurangkan sisa pepejal sungai ke tapak pelupusan

KLANG, 2 JULAI: Kerajaan Negeri menerusi Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) memperkenal kemudahan pengasingan sampah pertama di Sungai Klang, dalam usaha mengurangkan sisa pepejal sungai ke tapak pelupusan sampah.

Pengarah Urusan LLSB berkata usaha bersama The Ocean Cleanup, J&K Wonderland Foundation dan Coca-Cola Malaysia itu mampu mengurangkan kira-kira 20 peratus sampah yang perlu dibawa ke tapak pelupusan.

“Apabila kita ada pusat pengasingan ini, kita boleh asingkan plastik, kerana kebanyakan sampah yang ditemui di sungai ini adalah plastik, dan kemudian kita terus bawa ke pusat kitar semula.

“Kita telah mula beroperasi pada Disember lalu, dan kita berjaya kumpulkan sebanyak 4,000 kilogram (kg) barangan plastik, yang kita asingkan daripada sampah di Sungai Klang,” kata Syaiful Azmen Nordin.

Beliau ditemui selepas menghadiri pelancaran Pusat Pengasingan Sampah Sungai Klang, yang disempurnakan Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Dr Ching Too dan Pengarah Pengurusan Sungai di The Ocean Cleanup, Marco Piet.

[caption id="attachment_708183" align="alignnone" width="997"] Pengasingan sampah di Sungai Klang yang dirakam pada Majis Perasmian Kemudahan Pengasingan Sisa Sungai Klang di Taman Awam Pangkalan Batu, Klang pada 2 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Dalam perkembangan lain, Syaiful berkata syarikat Coca-Cola menaja kemudahan pengasingan sampah sungai tersebut dengan kos berjumlah RM1.5 juta, yang mampu memproses 10,000kg sampah sehari.

Beliau berharap lebih banyak pusat pengasingan sampah dibina di beberapa lokasi lain sepanjang Sungai Klang khususnya, bersama syarikat swasta yang mengutamakan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Kita mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat lain. Kita mahu syarikat ini laksanakan ESG, dan dapat lihat kesannya segera. Dengan adanya kemudahan ini, ia juga menjadi platform dan medium untuk mendidik masyarakat,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.