ad
EXCO

Kempen bebas plastik kembali, siri kedua di Klang Ahad ini

2 Jul 2025, 4:09 PM
Kempen bebas plastik kembali, siri kedua di Klang Ahad ini

SHAH ALAM, 2 JULAI: Kempen Bebas Plastik anjuran Kerajaan Negeri diteruskan dalam siri kedua di Laman Seni Safari, Klang pada Ahad ini, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya pencemaran plastik.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata siri kali ini diadakan susulan kejayaan penganjuran pertama di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada Mei lalu yang menerima sambutan baik daripada orang ramai, organisasi bebas (NGO) dan sektor swasta.

Menurutnya, siri kedua ini lebih menarik kerana tidak menggunakan sebarang plastik, termasuk oleh peniaga di tapak program.

“Usaha ini bukan sahaja mampu meningkatkan kesedaran tentang isu alam sekitar, malah membantu membentuk komuniti yang lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap kelestarian alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara pengisian menarik yang disediakan ialah Fun Walk Kempen Bebas Plastik, senamrobik, pameran agensi kerajaan, jualan makanan dan minuman, serta cabutan bertuah.

Untuk rekod, siri pertama kempen pada 24 Mei lalu berjaya menarik lebih 1,900 peserta dan sukarelawan, melibatkan pelbagai lapisan umur dari seawal enam hingga 70 tahun.

Kempen ini akan dilaksanakan dalam empat siri utama, melibatkan penyertaan pihak berkuasa tempatan (PBT), institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.