ad
BERITA UTAMA

Usahawan tani dipelawa sertai Ikon Agro Selangor 2025, dibuka hingga 20 Julai

2 Jul 2025, 1:00 PM

SHAH ALAM, 2 JULAI: Usahawan tani dipelawa menyertai program pencarian Ikon Agro Selangor 2025 yang dibuka mulai semalam hingga 20 Julai ini.

EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim berkata program yang dianjurkan sejak 2020 mempertandingkan lima kategori iaitu pertanian, penternakan, akuakultur, industri asas tani dan agropelancongan.

Beliau berkata program Ikon Agro Selangor 2025 akan digabungkan dengan Ikon Agro Selangor 2024 dan pemohon yang sudah menghantar permohonan tahun lalu tidak perlu berbuat demikian lagi.

"Calon agropreneur yang menepati kriteria akan dipilih menjadi Ikon Agro Selangor 2024/2025 dan memenangi hadiah wang tunai serta bantuan input pertanian dengan jumlah keseluruhan bernilai RM10,000 seorang.

"Untuk menyertai program Ikon Agro Selangor, sila isi borang permohonan di link berikut, https://agroselangor.com/web/forms-ikon2025.php," katanya menerusi Facebook semalam.

Program berkenaan bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan tani seiring matlamat menjadikan Selangor sebagai pusat simpanan bekalan makanan.

Setiap Ikon Agro Selangor memenangi wang tunai dan peralatan pertanian bernilai RM10,000. Mereka juga berperanan sebagai duta kecil sektor agro serta membimbing usahawan tani baharu.

Ikon Agro Selangor dipantau dan diaudit oleh Jawatankuasa Pertanian Negeri Selangor selama dua tahun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.