ad
AGENDA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kebimbangan fiskal, risiko tarif

2 Jul 2025, 9:39 AM
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kebimbangan fiskal, risiko tarif
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kebimbangan fiskal, risiko tarif

KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, susulan kelemahan berterusan dolar AS berikutan ketidaktentuan fiskal dan risiko tarif di negara itu yang menjejaskan sentimen, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1870/2065 berbanding dolar AS daripada 4.1995/2005 ketika ditutup semalam.

Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) terus mengalami penurunan kepada 96.819.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kelemahan dolar AS itu mencerminkan kebimbangan berterusan mengenai ketidaktentuan dasar fiskal AS termasuk langkah tarif dan pengurangan perbelanjaan kerajaan.

[caption id="attachment_671423" align="aligncenter" width="1107"] Wawancara bersama Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid di pejabat Media Selangor Sdn Bhd, Shah Alam pada 30 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Langkah pengurangan cukai dan pengurangan seterusnya ke atas perbelanjaan sosial berpotensi menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi AS,” katanya.

Pada awal dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.9186/9324 daripada 2.9351/9389 ketika ditutup semalam dan lebih kukuh berbanding pound British kepada 5.7555/7823 daripada 5.7797/7866.

Bagaimanapun, unit tempatan susut berbanding euro kepada 4.9423/9654 daripada 4.9566/9625 semalam.

Ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit domestik lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 258.4/259.7 daripada 258.9/259.4 semalam, dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.43/7.47 daripada 7.45/7.46.

Ringgit juga lebih stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.2899/3057 daripada 3.3015/3059 ketika ditutup semalam, dan diniagakan lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.8930/9630 daripada 12.9363/9585.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.