ad
AGENSI

Kebakaran kilang kapas: Bomba giat padam sisa bara elak api hidup semula

1 Jul 2025, 3:44 PM
Kebakaran kilang kapas: Bomba giat padam sisa bara elak api hidup semula

Oleh Anna Farina Abdul Rauf

SHAH ALAM, 1 JUL: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih menjalankan kerja pemadaman sisa bara susulan kebakaran kilang kapas di Jalan Kundang, Bandar Country Homes, Rawang semalam.

Ketua Zon 6 JBPM Selangor Mustakim Rimon memberitahu tindakan itu penting bagi memastikan tiada bara api yang boleh mencetuskan semula kebakaran.

“Kerja-kerja ini dijalankan bagi mengesan dan memadam sisa bara yang mungkin masih aktif. Kita jangka api dapat dipadam sepenuhnya petang ini,” katanya kepada Media Selangor.

Seramai 30 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang terlibat dalam operasi itu, dibantu pasukan dari BBP Bestari Jaya, Sungai Buloh dan Selayang.

Mustakim turut memaklumkan kebakaran yang berlaku semalam berjaya dikawal daripada merebak sepenuhnya sekitar jam 11.25 pagi.

Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.