ad
AGENDA

Remaja 13 tahun nyaris maut terperangkap dalam rumah terbakar

30 Jun 2025, 11:03 PM
Remaja 13 tahun nyaris maut terperangkap dalam rumah terbakar

GEORGE TOWN, 30 JUN: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki yang terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Aparment 99, Taman Sinar Pelangi, Jelutong di sini malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.26 malam.

"Sebaik tiba, pihak bomba mendapati berlaku kebakaran di bahagian balkoni dan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terperangkap di dalam kediaman tersebut, dipercayai hanya seorang diri dengan pintu berkunci.

"Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja memecah pintu dan berjaya mengeluarkan mangsa dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi tamat pada 8.44 malam dan punca kebakaran sedang disiasat.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.