ad
AGENDA

MyEG tukar nama kepada Zetrix AI berkuat kuasa 3 Julai

30 Jun 2025, 4:39 PM
MyEG tukar nama kepada Zetrix AI berkuat kuasa 3 Julai

KUALA LUMPUR, 30 JUN: MyEG Services Bhd (MyEG) hari ini mengumumkan pertukaran namanya kepada Zetrix AI Bhd berkuat kuasa 9 pagi, 3 Julai (Khamis).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata nama singkatan bagi sahamnya juga akan ditukar daripada MYEG kepada ZETRIX.

“Nombor saham kekal tidak berubah,” katanya.

MyEG merupakan pemegang konsesi bagi aplikasi utama MSC kerajaan elektronik Malaysia bagi membina, mengendalikan dan memiliki saluran elektronik bagi menyampaikan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada warganegara dan perniagaan Malaysia.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.