GOMBAK, 28 JUN: Penantian lebih dua dekad buat 260 penduduk Taman Daya, Kepong berakhir apabila mereka mendapat hak milikan tanah daripada Kerajaan Negeri, hari ini.
Menurut Dato’ Menteri Besar, pemberian Notis 5A itu membabitkan unit rumah teres di taman perumahan berkenaan yang terbengkalai sejak pemajunya gulung tikar pada 1997.
Dato’ Seri Amirudin Shari menambah penyelesaian tersebut hasil kerjasama berterusan pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan Pua Pei Ling serta mantan ADN Elizabeth Wong.
[caption id="attachment_707552" align="aligncenter" width="808"] Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berucap pada majlis penyampaian Hak Milik Astana Square dan Notis 5A Taman Daya di Jaya Daya Utama, Kepong, Gombak pada 28 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
“Ini adalah contoh bagaimana kerajaan yang berfungsi bukan sekadar bercakap ketika pilihan raya untuk meraih undi, tetapi benar-benar menyelesaikan isu rakyat.
“Secara teknikalnya, Kerajaan Negeri tiada kuasa mencampuri urusan ini. Namun atas kesedaran bahawa hak rakyat perlu dikembalikan, bukan hanya hak bersuara atau mengundi, tetapi juga hak milik hasil titik peluh membeli aset secara sah kita bantu selesaikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Hak Milik Astana Square dan Notis 5A Taman Daya di Jaya Daya Utama, Kepong, hari ini.
[caption id="attachment_707553" align="aligncenter" width="814"] Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari bersalaman dengan poenduduk ketika majlis penyampaian Hak Milik Astana Square dan penyampaian Notis 5A Taman Daya di Jaya Daya Utama, Kepong, Gombak pada 28 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
Tambah Amirudin, usaha menyelesaikan isu hak milik strata merupakan antara agenda berterusan Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat menerima dokumen sah pemilikan hartanah.
“Tahun ini sahaja, kita sediakan RM10 juta untuk tujuan ini. Kita sudah selesai lebih 300 unit di Dengkil, di Gombak juga sudah selesai, dan hari ini Taman Daya pula selesai,” katanya.
Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan cek cura RM20,000 kepada Pertubuhan Penganut Agama Buddha Gondesan Malaysia dan Persatuan Binaan Rumah Berhala Hock Leng Keng dengan masing-masing menerima RM10,000.
[caption id="attachment_707554" align="aligncenter" width="809"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan bantuan RM10,000 kepada Persatuan Binaan Rumah Berhala Hock Leng Keng sempena majlis penyampaian Hak Milik Astana Square dan Notis 5A Taman Daya di Jaya Daya Utama, Kepong, Gombak pada 28 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]