ad
AGENDA

Amaran hujan lebat beberapa negeri hingga 6 petang

28 Jun 2025, 3:17 PM
Amaran hujan lebat beberapa negeri hingga 6 petang
Amaran hujan lebat beberapa negeri hingga 6 petang

SHAH ALAM, 28 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat disertai ribut petir melanda Hulu Selangor hingga 6 petang ini.

Cuaca sama turut diramal melanda seluruh Pulau Pinang, Johor selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.