ad
AGENDA

Selangor lancar projek pendaratan ikan, inisiatif negeri pacu ekonomi

28 Jun 2025, 1:43 PM
Selangor lancar projek pendaratan ikan, inisiatif negeri pacu ekonomi
Selangor lancar projek pendaratan ikan, inisiatif negeri pacu ekonomi
Selangor lancar projek pendaratan ikan, inisiatif negeri pacu ekonomi

SABAK BERNAM, 28 JUN: Projek Pelabuhan Pendaratan Bersepadu Sekinchan yang melibatkan pelaburan awal sebanyak RM500 juta bakal melengkapkan ekosistem pertanian sekali gus menyumbang peningkatan ekonomi negeri yang lebih tinggi.

Bakal dibina mulai hujung tahun depan, Dato’ Menteri Besar berkata hab pendaratan ikan bawah Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) dijangka melonjakkan sumbangan ekonomi sektor itu daripada satu peratus kepada lima peratus dalam tempoh lima tahun lagi.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, pembinaan yang bermula hujung tahun depan melibatkan tiga fasa itu juga menjadi alternatif bagi mengurangkan harga bekalan makanan, seiring dengan pembinaan Gudang Makanan Selangor.

[caption id="attachment_707470" align="aligncenter" width="703"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat kelong pemunggahan ikan ketika Majlis peluncuran pembangunan fasa pertama Pelabuhan Pendaratan Bersepadu Sekinchan di Pantai Redang Sekinchan pada 28 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

“Dengan ekosistem lengkap termasuk kelulusan kolam udang, ia menjadi asas dan platform untuk menggerakkan ekonomi Selangor. Kita tak buka kawasan baharu tetapi kembangkan kawasan sedia ada.

“Kompleks ini mampu memacu lebih banyak cabang perniagaan. Sebanyak 80 tapak (bot) disediakan dan kawasan ini akan jadi tersusun. Percayalah kalau kita boleh atur, bukan hanya Selangor tetapi boleh menarik negeri lain juga,” katanya selepas merasmikan fasa pertama projek itu hari ini.

Tambah Amirudin, untuk fasa pertama projek ini ia melibatkan pembinaan jeti kompleks pemunggahan ikan, manakala fasa-fasa seterusnya akan melibatkan kawasan membaiki, menyelenggara ataupun penghasilan bot, diikuti pembangunan kawasan pelancongan.

Sementara itu, EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail merangkap pengerusi SABDA berkata projek dilaksana secara berfasa dalam tempoh lima tahun dengan fasa pertama melibatkan kawasan seluas 84 ekar dan 80 peratus pembangunan di kawasan laut.

[caption id="attachment_707471" align="aligncenter" width="687"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat kelong pemunggahan ikan ketika Majlis peluncuran pembangunan fasa pertama Pelabuhan Pendaratan Bersepadu Sekinchan di Pantai Redang Sekinchan pada 28 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Jelasnya, meskipun masih dalam proses kebenaran merancang, namun projek sudah berjaya menarik RM500 juta nilai pelaburan dan yakin jumlah akan berganda apabila pembangunan siap.

Pada Jun 2023, Amirudin memaklumkan dua projek perikanan berskala besar dan berimpak tinggi dijangka menarik pelaburan sekitar RM600 juta selain bakal mencipta lebih 7,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 10 tahun di daerah berkenaan.

Terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1), projek itu meliputi pembangunan agro bernilai tinggi bagi mencapai matlamat keterjaminan makanan jangka panjang untuk pasaran tempatan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.