ad
PBT

Larian Malam Geopark Ampang Jaya kembali 5 Julai, tonjol keunikan permatang kuarza

27 Jun 2025, 9:30 PM
Larian Malam Geopark Ampang Jaya kembali 5 Julai, tonjol keunikan permatang kuarza
Larian Malam Geopark Ampang Jaya kembali 5 Julai, tonjol keunikan permatang kuarza
Larian Malam Geopark Ampang Jaya kembali 5 Julai, tonjol keunikan permatang kuarza

SHAH ALAM, 27 JUN: Larian Malam Geopark Ampang Jaya kembali 5 Julai ini dengan penyertaan hampir 2,000 peserta termasuk dari luar negara termasuk dari Belarus, Rusia, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ),  program anjuran MPAJ yang memasuki edisi kelapan menawarkan dua kategori iaitu lari santai 5 kilometer dan lari terbuka 12 kilometer.

[caption id="attachment_707353" align="aligncenter" width="812"] Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Hasrolnizam Shaari (dua, kanan) ketika sidang media Larian Malam Geopark Ampang Jaya di Menara MPAJ pada 26 Jun 2025. Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya[/caption]

“Penganjuran ini bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan memelihara khazanah alam seperti permatang kuarza berhampiran laluan larian yang diiktiraf sebagai Geosite di bawah Geopark Gombak-Hulu Langat.

“Program ini juga antara inisiatif menyokong kempen Tahun Melawat Selangor 2025, selain menggalak gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat,” menurut pihak berkuasa tempatan itu menerusi kenyataan hari ini.

MPAJ turut merakamkan penghargaan kepada penaja antaranya Tourism Selangor, IJM Land, Selcare, F&N, KPJ Hospital, Melawati Mall, Hospital Pantai serta agensi kerajaan yang menyumbang dalam bentuk kewangan dan teknikal.

[caption id="attachment_707352" align="aligncenter" width="774"] Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Hasrolnizam Shaari (dua, kanan) menyerahkan cenderahati kepada wakil penaja selepas sidang media Larian Malam Geopark Ampang Jaya di Menara MPAJ pada 26 Jun 2025. Turut hadir Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad. Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.