ad
AGENDA

MetMalaysia: Cuaca panas, kurang hujan mulai esok hingga 1 Julai

27 Jun 2025, 8:26 PM
MetMalaysia: Cuaca panas, kurang hujan mulai esok hingga 1 Julai

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kurang hujan boleh berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara bermula esok hingga 1 Julai.

Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata berdasarkan analisis model cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 35 darjah Celsius dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata sehubungan itu orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar sepanjang tempoh berkenaan.

“Orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.