ad
BERITA UTAMA

Negeri siap siaga hadapi kemarau, kapasiti empangan mampu tahan hingga enam bulan

27 Jun 2025, 7:07 PM
Negeri siap siaga hadapi kemarau, kapasiti empangan mampu tahan hingga enam bulan
Negeri siap siaga hadapi kemarau, kapasiti empangan mampu tahan hingga enam bulan
Negeri siap siaga hadapi kemarau, kapasiti empangan mampu tahan hingga enam bulan

SHAH ALAM, 27 JUN: Bekalan air mentah di Selangor dijangka mencukupi dengan jangka hayat kapasiti empangan utama antara tiga hingga enam bulan bagi menghadapi musim panas atau monsun barat daya (MBD).

EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim berkata kapasiti tujuh empangan utama tersebut melebihi 95 peratus dan berada dalam keadaan baik hingga 26 Jun.

“Paras air empangan di Selangor dijangka kekal stabil dalam beberapa bulan akan datang walaupun negara berada di dalam fasa MBD.

“Paras air empangan ini akan dapat ditingkatkan semasa monsun peralihan yang biasanya berlaku pada bulan Oktober dan monsun timur laut pada bulan November hingga Mac di mana jumlah kadar taburan hujan tinggi dijangka diterima di kawasan tadahan,” maklumnya menerusi kenyataan.

[caption id="attachment_693400" align="alignleft" width="500"] EXCO Infrastruktur dan Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim ketika sidang media khas di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada masa sama, Izham memberitahu sebanyak 100 kolam termasuk beberapa bekas lombong dan lembangan sungai di Selangor akan digunakan bagi membantu negeri itu dalam menghadapi kemarau.

“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengenal pasti kolam tambahan dan bekas lombong yang berada berhampiran dengan sungai utama yang sesuai dinaik taraf dengan infrastruktur bekalan air bagi meningkatkan kapasiti simpanan air mentah.

“Kolam ini dijenamakan sebagai Selangor Off River Storage Scheme (SORSS), ianya dapat mengoptimumkan penggunaan sumber air alternatif dengan keupayaan bekalan semasa sehingga tiga bulan,” ujarnya.

Menurutnya LUAS turut mengambil inisiatif mengoptimum penggunaan air bumi sebagai sumber alternatif kepada air terawat terutamanya bagi sektor industri melalui pelesenan dan caj Abstraksi Sumber Air.

“Ia bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air terawat terutamanya ketika musim kering ini.

“Buat masa ini, terdapat tiga telaga air bumi dibina di kawasan Hulu Selangor untuk kegunaan khususnya ketika musim kering,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip melaporkan MBD yang bermula 10 Mei lalu dijangka berterusan sehingga pertengahan September.

Tujuh empangan utama di Selangor adalah:

  • Empangan Sungai Selangor (Hulu Selangor)
  • Empangan Sungai Tinggi (Hulu Selangor)
  • Empangan Tasik Subang (Petaling)
  • Empangan Sungai Langat (Hulu Langat)
  • Empangan Semenyih (Hulu Langat)
  • Empangan Klang Gates (Gombak)
  • Empangan Batu (Gombak)

[caption id="attachment_504786" align="aligncenter" width="1155"] Empangan Semenyih. Foto Facebook Air Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.