ad
AGENDA

Satu lagi laporan kenderaan dilanggar berhampiran stesen LRT Glenmarie diterima polis

27 Jun 2025, 6:12 PM
Satu lagi laporan kenderaan dilanggar berhampiran stesen LRT Glenmarie diterima polis

SHAH ALAM, 27 JUN: Polis menerima satu lagi laporan berhubung kejadian beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie di sini dilanggar sebuah lori petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata setakat ini lapan laporan diterima pihaknya berhubung insiden itu.

"Kita masih mengesan lori yang terlibat dalam insiden berkenaan," katanya dalam kenyataan ringkas menerusi WhatsApp hari ini.

Semalam, Mohd Iqbal dilaporkan berkata kejadian kira-kira 2.10 petang itu berlaku apabila pemilik beberapa kenderaan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan untuk menggunakan perkhidmatan LRT ke tempat kerja.

Kes berkenaan disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.