ad
AGENDA

Lima pelajar MRSM Besut direman tiga hari bantu siasatan kes buli

27 Jun 2025, 1:32 PM
Lima pelajar MRSM Besut direman tiga hari bantu siasatan kes buli

KUALA TERENGGANU, 27 JUN: Lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut direman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli seorang pelajar di sekolah tersebut.

Perintah reman bermula hari ini hingga Ahad terhadap kesemua remaja berusia 15 hingga 17 itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret di sini.

Kelima-lima pelajar itu ditahan reman bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dijalankan.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu dalam kenyataan semalam berkata seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di MRSM Besut mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior di asrama, pada 11.30 malam Selasa lepas.

Beliau berkata berdasarkan laporan dibuat mangsa, dia diarahkan duduk dalam keadaan separa mencangkung dan diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar.

Kejadian tersebut menyebabkan mangsa sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.