ad
PBT

MBSJ: Kes denggi menurun, kempen pencegahan terus dipergiat

26 Jun 2025, 10:57 PM
MBSJ: Kes denggi menurun, kempen pencegahan terus dipergiat

SHAH ALAM, 26 JUN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) merekodkan 1,866 kes demam denggi sehingga minggu epid ke 25 tahun ini, menurun sebanyak 64.81 peratus.

Datuk Bandarnya Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata penurunan itu menunjukkan hasil positif melalui usaha dilaksanakan jika dibandingkan dengan bilangan kes pada minggu epid sama tahun lalu iaitu sebanyak 5,303 kes.

“Empat lokaliti titik panas dikenal pasti pada minggu epid ini iaitu PJS 9/1 (Lagoon Perdana & Rumah Kedai), PJS 11/26 (Sun-U Resident), Taman Puchong Perdana 4 (Flat Blok H-K) dan Kota Perdana KP 4 (Mawar Jaya).

“Pencegahan terus dijalankan di kawasan yang dilaporkan kes bagi membendung penularan seperti melaksanakan pemeriksaan tempat pembiakan, semburan larvaciding dan pengwasapan (fogging),” katanya pada mesyuarat bulanan MBSJ.

Menurutnya lagi, MBSJ turut menjalankan kempen kesedaran tentang demam dengi kepada penduduk di kawasan titik panas.

“Penduduk disarankan untuk membuat langkah-langkah pencegahan seperti kempen 10 minit, gotong-royong memusnahkan lokasi potensi tempat pembiakan Aedes.

“Jika terdapat simptom demam denggi, penduduk dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera,” katanya lagi.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.