ad
AGENDA

Pelajar tingkatan dua dakwa dibuli senior, diarah separa cangkung, perut ditumbuk

26 Jun 2025, 9:30 PM
Pelajar tingkatan dua dakwa dibuli senior, diarah separa cangkung, perut ditumbuk

JERTIH, 26 JUN: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua sebuah sekolah berasrama penuh di Besut mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior di asrama, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata kejadian berlaku pada 11.30 malam dan remaja berusia 14 tahun itu membuat laporan polis semalam.

“Mangsa diarahkan duduk dalam keadaan separa mencangkung dan diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar.

“Kejadian menyebabkan mangsa sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azamuddin berkata warden asrama menghubungi keluarga mangsa untuk menghantarnya mendapatkan rawatan selepas sedar perbuatan dilakukan pelajar Tingkatan Tiga itu.

Polis akan mendapatkan perintah reman terhadap lima pelajar di Mahkamah Majistret Besut esok, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.