ad
PBT

MBDK ambil tindakan perumahan bina pagar, pondok keselamatan tanpa kelulusan

26 Jun 2025, 11:30 AM
MBDK ambil tindakan perumahan bina pagar, pondok keselamatan tanpa kelulusan

SHAH ALAM, 26 JUN: Sebanyak 161 kawasan perumahan sekitar Klang bakal dikenakan tindakan susulan membina pagar dan pondok keselamatan tanpa kelulusan.

Timbalan datuk bandar Majlid Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berkata pihaknya menerima pelbagai aduan awam khususnya melibatkan isu keselamatan, hak akses awam dan pematuhan undang-undang.

Menurut Mohd Zary Affendi Mohd Arif, persatuan penduduk yang kebenaran mereka telah tamat tempoh atau gagal mematuhi garis panduan bakal berdepan tindakan penguatkuasaan.

“Tindakan turut melibatkan Pejabat Tanah dan Daerah Klang termasuk memberi amaran bertulis, perobohan struktur, kompaun dan pendakwaan di mahkamah.

“Majlis tidak berkompromi demi menjaga kepentingan awam, keselamatan komuniti dan pembangunan yang teratur,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan program ‘Teach-In’ Perumahan Berpagar dan Berpengawal ‘Gated & Guarded’ & Komuniti Berpengawal ‘Guarded Community’ di MBDK semalam.

Mohd Zary Affendi berkata setakat Mac, pihaknya mendapati hanya 13 kawasan mempunyai kebenaran khas memasang struktur berkenaan manakala 18 lagi masih dalam proses permohonan.

Menurutnya, garis panduan berhubung perkara itu diperkenal sejak 2018 dan hanya persatuan penduduk berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan boleh membuat permohonan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.