ad
AGENDA

PBB sambut baik AS umum gencatan senjata Iran-Israel

25 Jun 2025, 12:01 PM
PBB sambut baik AS umum gencatan senjata Iran-Israel

NEW YORK, 25 JUN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menyambut baik pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai gencatan senjata antara Israel dan Iran, menurut jurucakap PBB seperti dilaporkan Xinhua.

Guterres menggesa kedua-dua negara agar menghormati sepenuhnya gencatan senjata itu dan menghentikan pertempuran, sambil menegaskan bahawa rakyat kedua-dua pihak telah menderita terlalu lama, kata jurucakapnya Stephane Dujarric.

“Setiausaha Agung berharap gencatan senjata ini dapat dijadikan contoh untuk disusuli dalam konflik-konflik lain di rantau ini,” kata beliau.

-- BERNAMA-XINHUA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.