SHAH ALAM, 25 JUN: Nasib Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan diketahui pagi ini.
Bakal diputuskan Mahkamah Rayuan, rayuan kes sama ada beliau berjaya mengetepikan sabitan dan hukuman atau kekal bersalah akan ditentukan panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.
Berikut kronologi perkembangan kes Syed Saddiq dari awal pendakwaan hingga terkini:
22 Julai 2021
Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan membabitkan pecah amanah dana Armada berjumlah RM1 juta dan satu pertuduhan salah guna RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
5 Ogos 2021
Dua pertuduhan penggubahan wang haram berkaitan RM100,000 dibacakan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. Kes berikutnya dipindah ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk disatukan dengan tuduhan sedia ada
23 Ogos dan 25 November 2021
Permohonan Syed Saddiq untuk kes dikendalikan bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dibuat 23 Ogos diluluskan 25 November oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan
24 Mac 2022
Timbalan Pendakwa Raya mengemukakan pertuduhan pindaan, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah
21 Jun 2022
Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid
Ibu bapa Syed Saddiq turut hadir beri keterangan
7 dan 22 Julai 2022
Cubaan pihak pembela mengugat kredibiliti saksi utama (Rafiq Hakim Razali) melalui impeach (mendakwa untuk tujuan pemecatan) dua kali tetapi kedua-duanya ditolak oleh mahkamah
8 dan 21 Julai 2022
Syed Saddiq memohon maaf di mahkamah kerana menyebar maklumat di media sosial. Pesuruhjaya Azhar mengingatkan orang ramai agar tidak melampaui batas dalam komen media sosial.
27 September 2022
Pihak pendakwa menutup kes setelah memanggil 30 orang saksi
6 dan 28 Oktober 2022
Kedua-dua pihak mengemukakan hujah akhir, mahkamah perintahkan Syed Saddiq membela diri atas empat pertuduhan iaitu pecah amanah, penyelewengan dan dua kes penggubahan wang haram
4 September 2023
Mahkamah Tinggi melulus permohonan Syed Saddiq dengan memulangkan pasport sementara untuk menghadiri forum di Indonesia
Keputusan mahkamah
9 November 2023
- Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan iaitu pecah amanah RM1 juta; salah guna dana (RM120,000), dan dua kes penggubahan wang haram
- Mahkamah menjatuhkan hukuman : 7 tahun penjara, dua sebatan, serta denda RM10 juta. Bagaimanapun hukuman ditangguhkan sementara rayuan diteruskan
Rayuan dan Perkembangan Terkini
29 November 2024
Syed Saddiq menerima segala dokumen penghujahan penuh – mengarahkan peguamnya untuk memfailkan rayuan
12 Dis 2024
Rayuan rasmi difailkan dengan 18 sebab kesilapan undang-undang dan fakta dalam sabitan; rayuan ini menetapkan kes untuk didengar oleh Mahkamah Rayuan
25 Dis 2024
Permohonan untuk semakan semula isu peruntukan Parlimen ditolak oleh Mahkamah Tinggi
Perbicaraan Rayuan
19-20 Mac 2025
Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari untuk mendengar rayuan kes Syed Saddiq
20 Mac 2025
Perbicaraan berlangsung seperti dijadual. Bagaimanapun, batal sebahagian kerana timbalan pendakwa tidak sihat. Proses rayuan ditangguhkan
Ringkasan Terkini
25 Jun 2025
- Keputusan rayuan diketahui hari ini
- Hukuman Mahkamah Tinggi (7 tahun, 2 sebatan, denda RM10 juta) masih digantung sehingga rayuan selesai
- Syed Saddiq berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Muar buat masa ini, dan belum menjalani hukuman penjara kerana masih dalam proses rayuan