ad
AGENDA

Buruh warga asing miliki 20kg dadah, boleh tampung 20,850 penagih

25 Jun 2025, 8:27 AM
Buruh warga asing miliki 20kg dadah, boleh tampung 20,850 penagih

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Seorang buruh warga asing ditahan bersama dadah jenis methamphetamine seberat 20.85 kilogram dianggar bernilai RM80,000 di kawasan sebuah pusat beli-belah di Taman Melawati, Ampang, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan ketika sedang berjalan kaki di kawasan berkenaan pada 12.35 tengah hari.

“Pemeriksaan pada beg dibawa lelaki itu menemukan 20 peket plastik lut sinar berisi dadah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit menetap di negara ini kira-kira 10 tahun dan saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine serta amphetamine, namun tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dadah dirampas mampu menampung keperluan kira-kira 20,850 penagih di kawasan Lembah Klang.

Lelaki berkenaan direman hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.