ad
BERITA UTAMA

PLAS terima sambutan, Kerajaan Negeri sasar tambah pusat pengumpulan

24 Jun 2025, 8:40 PM
PLAS terima sambutan, Kerajaan Negeri sasar tambah pusat pengumpulan
PLAS terima sambutan, Kerajaan Negeri sasar tambah pusat pengumpulan
PLAS terima sambutan, Kerajaan Negeri sasar tambah pusat pengumpulan

SABAK BERNAM, 24 JUN: Pusat Lelongan Agro Selangor (PLAS) di Kuala Langat yang beroperasi sejak enam bulan lalu menerima sambutan menggalakkan daripada usahawan tani.

EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim menyifatkan pencapaian tersebut sebagai kejayaan kepada negeri yang berjaya memperkenalkan pusat lelongan pertanian di negara ini.

“Ini merupakan satu sejarah kepada negara kita di mana pusat lelongan agro ini dilaksanakan. Kita telah berjaya, sejak enam bulan lalu kita kumpulkan ratusan pembekal, petani dan pembeli untuk membeli lelongan ini.

“Kita sedang perluaskan lagi produk kita dan petani tidak perlu risau lagi. Kalau mereka ada banyak hasil tanaman yang tidak boleh dijual, atau mahu harga yang lebih baik, kita boleh tolong jualkan,” katanya kepada pemberita.

[caption id="attachment_706949" align="aligncenter" width="691"] EXCO Pertanian Dato' Ir Izham Hashim bersama penerima bantuan peralatan pertanian selangor dan jualan agro madani di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya pada 24 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Pertanian dan Program Jualan Agro Madani di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya di sini, hari ini.

Izham berkata Kerajaan Negeri bercadang menambah pusat pengumpulan hasil pertanian di beberapa daerah bagi membantu jualan usahawan tani.

Menurutnya, setakat ini PLAS yang menggunakan sistem bidaan secara fizikal dan secara dalam talian hanya dibuat di Sijangkang bagi memastikan kecekapan sistem tersebut.

“Pusat pengumpulan kita cadang di Hulu Langat, Sabak Bernam dan satu lagi mungkin di sekitar Klang. Di situ kita akan kumpul hasil tani dan bawa ke PLAS kalau ada lebihan,” katanya.

Sementara itu, Izham berkata Kerajaan Negeri komited dalam membangunkan sektor pertanian sebagai antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri dan jaminan sekuriti makanan.

[caption id="attachment_706951" align="aligncenter" width="710"] EXCO Pertanian Dato' Ir Izham Hashim berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Pertanian Selangor dan Program Jualan Agro Madani di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya pada 24 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Jelasnya, usaha tersebut dibuktikan menerusi bantuan peralatan pertanian kepada 14 usahawan tani terpilih yang menerima peralatan kenderaan pelbagai permukaan (ATV) lengkap dengan gerabak beroda dengan kos keseluruhan RM143,200, hari ini.

“Melalui inisiatif peralatan moden dan efisien ini, mereka dapat mengurangkan kos operasi, mengoptimum hasil tuaian serta pengurusan ladang baik, sejajar dengan Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA),” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.