ad
AGENSI

Selangor uji lori sampah EV, usaha kurangkan pelepasan karbon

24 Jun 2025, 5:31 PM
Selangor uji lori sampah EV, usaha kurangkan pelepasan karbon

OLEH AMIRAHWANI RAHIMI

SHAH ALAM, 24 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) akan melaksanakan projek rintis penggunaan lori sampah elektrik (EV) bermula Julai ini bagi menilai kesesuaian teknologi tersebut dalam operasi kutipan sisa domestik.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata inisiatif itu penting kerana operasi kutipan sisa memerlukan ketahanan tinggi terhadap pelbagai cabaran seperti cuaca tidak menentu, keadaan jalan yang mencabar dan jenis sampah yang pelbagai.

“KDEBWM telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Horwing Technology (M) Sdn Bhd untuk melaksanakan projek rintis lori EV di Selangor.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen KDEBWM untuk mengurangkan pelepasan karbon dan memelihara alam sekitar,” katanya kepada Media Selangor.

Menurut beliau, ujian itu akan menilai keupayaan lori EV beroperasi antara lapan hingga 10 jam sehari, serta dicas sepenuhnya sebelum digunakan semula keesokan harinya.

“Kecekapan lori dalam memampatkan sampah semasa operasi turut menjadi fokus utama dalam penilaian,” tambahnya.

Sebanyak dua unit lori EV akan digunakan dalam ujian berkenaan yang dikendalikan oleh KDEB ICI Sdn Bhd, dengan tempoh pelaksanaan antara enam bulan hingga setahun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.