ad
AGENDA

TH tangguh penerbangan jemaah haji kerana faktor keselamatan

24 Jun 2025, 6:33 PM
TH tangguh penerbangan jemaah haji kerana faktor keselamatan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 24 JUN: Tabung Haji (TH) menangguhkan penerbangan pulang jemaah haji ke Malaysia sekurang-kurangnya 24 jam susulan perkembangan di rantau Arab ketika ini.

TH menerusi kenyataan memaklumkan penjadualan semula dibuat selepas mendapat nasihat keselamatan daripada syarikat penerbangan.

Penerbangan terlibat adalah KT043 (MH8301) dari Madinah yang dijadual berlepas pada jam 5.10 pagi waktu tempatan dan KT034 (MH8291) dari Jeddah pada jam 6.40 pagi.

“Jadual baharu sedang disusun dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk penyelarasan trafik udara serta keperluan logistik,” jelas kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, jemaah ditempatkan sementara di hotel sekitar Madinah dan Jeddah sebelum menunggu makluman selanjutnya.

Tambah TH, penyelarasan di lapangan terbang giat dijalankan bersama syarikat penerbangan bagi memastikan kelancaran urusan logistik jemaah.

"Setakat ini, sebanyak 39 penerbangan haji telah selamat tiba di tanah air, manakala baki 61 lagi akan menyusul dalam tempoh terdekat.

"Sebarang perkembangan terkini termasuk perubahan jadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.