ad
AGENSI

Kos sara hidup, cabaran didik anak era digital antara tekanan bapa masa kini

24 Jun 2025, 6:00 PM
Kos sara hidup, cabaran didik anak era digital antara tekanan bapa masa kini
Kos sara hidup, cabaran didik anak era digital antara tekanan bapa masa kini
Kos sara hidup, cabaran didik anak era digital antara tekanan bapa masa kini
Kos sara hidup, cabaran didik anak era digital antara tekanan bapa masa kini

SEPANG, 24 JUN: Kos sara hidup yang tinggi, tekanan kerja dan cabaran mendidik anak dalam dunia digital dikenal pasti antara tekanan utama yang dihadapi golongan bapa pada masa kini.

Timbalan ketua pengarah (Pengurusan) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkata kajian mendapati sembilan daripada 10 bapa mengakui peranan sebagai ketua keluarga kini semakin mencabar.

[caption id="attachment_706888" align="aligncenter" width="815"] Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Mohd Hairil Md Akir (tengah) berucap pada Sambutan Hari Bapa 2025 LPPKN Selangor di Semarak Hall, Cyberjaya, Sepang pada 24 Jun 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Ramai bapa menanggung tekanan dalam diam. Mereka perlu bahagikan masa antara kerja dan keluarga, dalam masa sama membimbing anak menghadapi cabaran alam maya,” kata Mohd Hairil Md Akir.

Berucap sempena Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Selangor di Dewan Semarak, Cyberjaya hari ini, beliau berkata LPPKN membangunkan dua modul khas bagi memperkasa keibubapaan sejajar tuntutan semasa.

Modul Perkasa Keibubapaan (PEKA) memberi tumpuan kepada kemahiran asas seperti komunikasi berkesan, pengurusan emosi dan pendekatan disiplin positif.

Sementara modul KASIH Keibubapaan Digital pula memberi panduan keselamatan siber, kawalan skrin dan etika penggunaan teknologi, khusus untuk mendidik anak dalam dunia digital yang kompleks.

“Kedua-dua modul ini bantu ibu bapa, khususnya bapa, lebih bersedia membentuk keluarga sejahtera dalam persekitaran moden yang mencabar,” katanya.

[caption id="attachment_706891" align="aligncenter" width="810"] Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Mohd Hairil Md Akir (tengah) menandatangan plak perasmian pada Sambutan Hari Bapa 2025 LPPKN Selangor di Semarak Hall, Cyberjaya, Sepang pada 24 Jun 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Bertemakan ‘Ayahku Kapten Keluarga’, sambutan ini menjadi platform menyemai kefahaman baharu mengenai peranan lelaki dalam institusi kekeluargaan.

Antara pengisian menarik ialah forum ‘Kesejahteraan Lelaki: Sembang Maskulin’ serta pameran ‘Wall of Fame: Coretan Seorang Ayah’ yang menyentuh emosi pengunjung.

Beberapa agensi kerajaan dan swasta turut menjayakan pameran perkhidmatan serta jualan produk kekeluargaan, menjadikan sambutan itu bersifat inklusif dan berinformasi untuk semua lapisan masyarakat.

[caption id="attachment_706889" align="aligncenter" width="812"] Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Mohd Hairil Md Akir (tengah) bergambar peserta pada Sambutan Hari Bapa 2025 LPPKN Selangor di Dewan Semarak Cyberjaya, Sepang pada 24 Jun 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.