ad
AGENDA

Penerbangan ke Timur Tengah dibatal, syarikat diarah ambil langkah mitigasi

24 Jun 2025, 4:30 PM
Penerbangan ke Timur Tengah dibatal, syarikat diarah ambil langkah mitigasi

SEPANG, 24 JUN: Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan beberapa penerbangan Malaysia ke Timur Tengah dibatalkan susulan serangan terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar awal pagi tadi.

Beliau berkata Notis kepada Juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan susulan kegusaran berhubung keselamatan pesawat yang melalui rantau berkenaan ketika serangan udara dijalankan.

"NOTAM dikeluarkan sebab ada konflik perang...jadi sudah tentu ada risiko kepada penerbangan udara.

"Memang mana-mana syarikat penerbangan pun tidak boleh melalui ruang udara tersebut sebab ia ditutup,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Berikutan perkembangan itu, Loke berkata semua syarikat penerbangan diarahkan mengambil langkah mitigasi bagi memastikan keselamatan penerbangan serta kebajikan penumpang tidak terjejas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.