ad
AGENDA

Ekspo Taiwan kali kelapan kembali ke Malaysia, AI antara tema utama

24 Jun 2025, 10:59 AM
Ekspo Taiwan kali kelapan kembali ke Malaysia, AI antara tema utama
Ekspo Taiwan kali kelapan kembali ke Malaysia, AI antara tema utama
Ekspo Taiwan kali kelapan kembali ke Malaysia, AI antara tema utama
Ekspo Taiwan kali kelapan kembali ke Malaysia, AI antara tema utama
Ekspo Taiwan kali kelapan kembali ke Malaysia, AI antara tema utama

Advertorial

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Taiwan Expo di Malaysia 2025, sebuah platform pameran berkonsepkan Imej Taiwan, berlangsung mulai hari ini (23 Jun) hingga 25 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Dianjurkan oleh Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa (TITA) bersama Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), expo ini menghimpunkan lebih 200 syarikat terkemuka Taiwan, menjadikannya penganjuran terbesar setakat ini di Malaysia. Pameran kali ini mengetengahkan lima tema utama – AI & Industri 4.0, Kesihatan & Kesejahteraan, Kelestarian Hijau & Kemampanan, Gaya Hidup Pintar, serta Kebudayaan & Pelancongan yang selari dengan trend industri di Malaysia dan menonjolkan kekuatan teknologi serta daya cipta Taiwan.

Kuasa AI Taiwan jadi tumpuan

Taiwan Expo edisi kali kelapan di Malaysia menampilkan inovasi AI sebagai fokus utama, dengan 32 syarikat AI Taiwan terkemuka menyertai. Pameran merangkumi aplikasi dalam pembuatan pintar, teknologi perubatan, keselamatan siber, kewangan, dan pendidikan — membuktikan kekuatan Taiwan dalam rantaian nilai industri AI global. Antara sorotan teknologi canggih termasuk: Phison Electronics dengan teknologi penyimpanan data AI terkini, Giant Rim Machinery memperkenalkan kulit robotik yang meniru sentuhan manusia, iXensor dan CytoAuria mempamerkan sistem saringan AI untuk kanser paru-paru dan osteoporosis, CyberLink dan NUWA Robotics pula mengetengahkan penyelesaian AI untuk keselamatan siber dan pendidikan. Robot mesra pengguna Collibot berperanan sebagai pemandu pameran, menyerlahkan interaksi teknologi pintar yang mesra pengunjung.

[caption id="attachment_706858" align="aligncenter" width="802"] EXCO Pelaburan Ng Sze Han menghadiri Taiwan Expo di Malaysia 2025 yang berlangsung antara 23 hingga 25 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto ihsan Pusat Media Taiwan Expo 2025[/caption]

Selain AI, pelbagai penyelesaian mesra alam turut dipamerkan seperti filem penebat haba, sistem pengurusan menara air pintar, sistem penyejukan jimat tenaga dan penjana tenaga foton – menonjolkan komitmen Taiwan terhadap kelestarian dan penjimatan tenaga.

Di zon Gaya Hidup Pintar, pengunjung dapat melihat inovasi seperti peranti boleh pakai, pencahayaan pintar dan peralatan rumah moden, yang menggabungkan rekaan kreatif dan teknologi Taiwan. Tahun ini juga menyaksikan pelancaran buat julung kalinya pavilion khas “TAIWAN SELECT”, menampilkan makanan bersijil halal, Clean Label dan yang telah menerima pengiktirafan antarabangsa, bersama persembahan budaya teh Taiwan – memperkenalkan keindahan kulinari dan gaya hidup Taiwan kepada rakyat Malaysia.

Pertumbuhan perdagangan dua hala menunjukkan kelebihan perindustrian yang saling melengkapi

Majlis perasmian dirasmikan oleh Setiausaha Agung TAITRA, Encik Simon Wang, dengan persembahan tradisional 24 Gendang Musim Malaysia, menandakan interasi kebudayaan dan kerjasama antara Malaysia dan Taiwan yang semakin meningkat. Para hadirin termasuk Wakil Taiwan di Malaysia, Phoebe Yeh; EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor YB Tuan Ng Sze Han; Pengarah Seksyen China & Asia Timur Matrade En. Mazlan Harun; Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia Tan Sri Soh Thian Lai dan banyak lagi. Taiwan Expo tahun ini menerima sokongan daripada 26 persatuan industri tempatan, memperlihatkan sokongan padu masyarakat perniagaan Malaysia terhadap ekspo ini.

[caption id="attachment_706857" align="aligncenter" width="814"] EXCO Pelaburan Ng Sze Han (dua, kiri) menghadiri Taiwan Expo di Malaysia 2025 yang berlangsung antara 23 hingga 25 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto ihsan Pusat Media Taiwan Expo 2025[/caption]

Taiwan memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan global untuk semikonduktor, teknologi maklumat dan komunikasi, serta pembuatan pintar. Kepakaran teknikal Taiwan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa dan akan bersinergi sempurna dengan peranan Malaysia sebagai hab pembuatan dan eksport yang penting di Asia. Menurut statistik, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Taiwan mencecah USD 39.1 bilion pada 2024, mengukuhkan kedudukan Taiwan sebagai rakan dagang keempat terbesar Malaysia. Perdagangan dua hala meningkat 36.8% dalam tempoh lima bulan pertama 2025 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

YBhg Tan Sri Dato' Soh Thian Lai menyatakan bahawa pameran ini mempamer banyak produk dan teknologi berinovasi yang menarik perhatian industri tempatan. Tumpuan Taiwan Expo amat selari dengan hala tuju pembangunan industri pembuatan Malaysia dan berfungsi sebagai platform penting untuk mempromosikan pertukaran teknologi dan kemajuan industri.

Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah tiket penerbangan

Sepanjang tiga hari pameran, pelawat boleh menyertai pelbagai aktiviti termasuk sesi pelancaran produk, padanan perniagaan dan demonstrasi makanan. Para pengunjung dan usahawan berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur–Taipei, yang ditaja oleh China Airlines, EVA Air dan STARLUX Airlines.

Pada petang 25 Jun, maskot Taiwan Excellence FuBear akan mencabar rekod Malaysia Book of Records dengan percubaan “High-Five Terbanyak dalam Satu Minit”. Acara tersebut akan diadakan bersama pelajar universiti Malaysia, pusat latihan autisme REACH Segamat dan Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang mesra dan penuh inspirasi.

Taiwan Expo 2025 di Malaysia berlangsung dari 23 hingga 25 Jun di Dewan 4 & 5, KLCC, dan masuk adalah percuma dengan pendaftaran. Waktu lawatan dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. Untuk maklumat lanjut, sila layari:http://mysonline.taiwanexpoasean.com/ atau layari Facebook:https://www.facebook.com/TaiwanExpo.mys/

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.