ad
AGENDA

Trump umum Iran, Israel setuju laksana gencatan senjata

24 Jun 2025, 7:50 AM
Trump umum Iran, Israel setuju laksana gencatan senjata

WASHINGTON, 24 JUN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin mengumumkan satu gencatan senjata dicapai antara Israel dan Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Israel dan Iran bersetuju sepenuhnya akan ada gencatan senjata penuh (kira-kira 6 jam dari sekarang, apabila Israel dan menamatkan dan melengkapkan misi terakhir mereka yang sedang berlangsung!), selama 12 jam, dan selepas itu perang ini akan dianggap tamat!

“Secara rasmi, Iran akan memulakan gencatan senjata dan, selepas 12 jam, Israel akan memulakan gencatan senjata dan, selepas 24 jam, tamat perang 12 hari akan disambut dunia,” kata Trump di platform Truth Social miliknya.

Beliau membuat pengumuman itu hanya beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sebuah pangkalan tentera AS di Qatar.

Dalam hantaran itu, Trump menambah serangan tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan, dan menekankan “selain tiada rakyat Amerika terbunuh atau cedera, yang amat penting, tiada rakyat Qatar juga yang terbunuh atau cedera.”

Permusuhan tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang mencetuskan serangan balas dari Tehran.

-BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.