ad
AGENDA

Penganggur mengaku tidak salah amang seksual budak lelaki 10 tahun

22 Jun 2025, 6:25 PM
Penganggur mengaku tidak salah amang seksual budak lelaki 10 tahun

KOTA BHARU, 22 JUN: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun pada 12 Jun lepas.

Che Asmizan Che Jaafar, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kontena kosong berhampiran Stesen Bas Lembah Sireh di sini pada 8 pagi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Zulkifli Abllah menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan bagi lantikan peguam.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.