PETALING JAYA, 22 JUN: Lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum memeriahkan majlis sambutan ulang tahun Petaling Jaya ke-19 di laman MBPJ, malam tadi.
Dirasmikan EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin, sambutan dengan tema “PJ Bandar Paling Bahagia” diwarnai dengan pertandingan perarakan, persembahan kebudayaan, nyanyian artis popular seperti Salma Mentor, Wani Hasrita dan pertunjukan bunga api.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata pihaknya menganjurkan 31 program kebajikan, sukan sepanjang bulan Jun bagi merapatkan hubungan antara komuniti bersama pihak berkuasa tempatan itu.
“Acara yang dianjurkan seperti Hari Terbuka PJ Eco Recycling Plaza, Sambutan Hari Denggi ASEAN 2025 dan program Pengukuhan Governance Integriti dan AntiRasuah.
“MBPJ bertekad membina bandar raya yang lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan bersama warga kota Petaling Jaya,” maklumnya dalam kenyataan.
[caption id="attachment_706600" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung menyaksikan persembahan ketika majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 21 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
MBPJ menambah pihaknya turut menyediakan inisiatif perkhidmatan percuma iaitu tempat letak kereta di seluruh kawasan pentadbirannya.
“Selain itu, kemudahan awam seperti kolam renang ,gelanggan dan padang sukan juga percuma pada 20 Jun sebagai penghargaan sokongan masyarakat Petaling Jaya.
“Bagi menyemarakkan budaya ilmu dan memartabatkan amalan membaca , MBPJ juga menawarkan keahlian percuma di Perpustakaan Komuniti PJ pada 20 Jun hingga 22 Jun,” katanya lagi.
Sementara itu, Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon berkata MBPJ komited melaksanakan dasar dan polisi digubal Kerajaan Negeri bagi menguruskan bandar raya dengan efektif serta responsif.
“Setiap program dirangka menyemarakkan semangat komuniti untuk menjadikan Petaling Jaya bukan sahaja maju malah membahagiakan untuk didiami,” ujarnya.
[caption id="attachment_706598" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin megetuk gendang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 21 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_706597" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin bersama Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon memotong kek sempena majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 21 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_706602" align="aligncenter" width="700"] Persembahan nyanyian Wany Hasrita ketika majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 21 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGO[/caption]
[caption id="attachment_706599" align="aligncenter" width="700"] Persembahan ketukan tong ketika majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 21 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_706603" align="aligncenter" width="700"] Persembahan tarian kebudayaan ketika majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 21 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]