(i)
ekor tali lampu mencekik fail kerja,
nan kerusi pun meja ada,
tanganku cuma tubuh yang tidak dewasa, jadi
tugas taklah dapat dilerai oleh mata.
(ii)
tak air ain jadi hujan, innalillah.
bahang menggali tanah, dan
lahad menunggu aku.
(iii)
tiada bulan hari ini yang terkoyak,
tapi terekah langit ubunnya kontang.
kumelafaz syahadah di pintu ragu,
dan bucunya melanggar kuku,
degupku tertahan.
(iv)
ada cangkul di situ,
yassin tertanam selepas bismillah,
tak kulit ular sempat berkalih, jadi
kemboja bergayut di bulu hidung, dan
kafan ikatnya tak jadi,
aku sedang berlari.
Aliff Awan