ad
AGENSI

Halal International Selangor, China teroka kerjasama bidang teknologi, pertanian

21 Jun 2025, 2:13 PM
Halal International Selangor, China teroka kerjasama bidang teknologi, pertanian

SHAH ALAM, 21 JUN: Halal International Selangor (HIS) giat meneroka peluang kerjasama strategik bagi memperkukuh pembangunan ekosistem halal antara Malaysia dan China.

Menurut agensi itu, kunjungan hormat delegasi usahawan China diketuai Worldwide Consumers’ Association (WCA) ke HIS baru-baru ini, membuka potensi kerjasama dalam bidang teknologi, pertanian dan pelaburan bagi memperkukuh ekosistem halal.

“Lawatan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama strategik dalam pembangunan ekosistem halal antara Malaysia dan China.

“Delegasi terdiri daripada wakil pelbagai syarikat dalam bidang teknologi, pertanian dan pelaburan.

“Kunjungan ini mencerminkan komitmen bersama memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab halal antarabangsa,” katanya di Facebook.

Penubuhan HIS merupakan antara inisiatif menjadikan Selangor sebagai negeri bertaraf global dalam industri halal selain berfungsi sebagai agensi peneraju kepada tiga inisiatif Pelan Tindakan Halal Selangor 2020-2030.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.