ad
AGENDA

Perkhidmatan Aerotrain di KLIA beroperasi semula 1 Julai, kata menteri

21 Jun 2025, 11:27 AM
Perkhidmatan Aerotrain di KLIA beroperasi semula 1 Julai, kata menteri

SEPANG, 21 JUN: Perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan disambung semula pada jam 10 pagi, 1 Julai ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, perkhidmatan itu kini berada dalam fasa ujian akhir bagi memastikan semua aspek keselamatan berada pada tahap tertinggi sebelum ia dibuka kepada pengguna.

“Saya ingin mengumumkan bahawa projek Aerotrain telah siap sepenuhnya dan pelbagai ujian telah dijalankan untuk memastikan tahap keselamatannya.

“(Ketika ini) Aerotrain sedang menjalani ujian percubaan serta beberapa ujian akhir dalam beberapa hari akan datang, termasuk salah satu ujian paling penting – ujian Tindak Balas Kecemasan,” katanya pada sidang media selepas meninjau perkhidmatan itu hari ini.

Aerotrain, yang menjadi tunjang sistem pengangkutan dalaman KLIA sejak lapangan terbang itu dibuka pada 1998, telah digantung perkhidmatannya pada Mac 2023 susulan kerosakan.

-BERNAMA

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.