KUALA LUMPUR, 20 JUN: Lebih 300 peserta menyertai himpunan aman di ibu negara hari ini bagi menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan Iran yang kini menjadi sasaran serangan rejim Israel.
Peserta mula berkumpul 12.30 tengah hari di hadapan Kompleks Tabung Haji sebelum berarak kira-kira satu kilometer ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS), sambil melaungkan slogan ‘Allahuakbar’ dan ‘Free Palestine’ serta membawa sepanduk bertulis antaranya ‘Terima Kasih Iran’.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhimpunan itu sebagai bantahan keras terhadap tindakan Israel dan Amerika Syarikat yang didakwa bersubahat dalam kekejaman tersebut.
[caption id="attachment_706398" align="aligncenter" width="799"] Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid ketika Himpunan solidariti - Mengecam Pencerobohan Israel ke atas Wilayah Islam (Republik Islam Iran) di luar Kedutaan Amerika Syarikat pada 20 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
“Memorandum ini ditandatangani ratusan badan bukan kerajaan (NGO), ahli politik dan ahli akademik Malaysia yang menyatakan sokongan terhadap kedaulatan Iran dan pembebasan Palestin.
“Kita tahu Amerika sudah bersekongkol dengan Israel malah Trump telah untuk membunuh pemimpin di Iran. Ini adalah suatu kebiadapan sebab itu kita tidak boleh mendiamkan diri,” katanya.
Beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar satu himpunan besar-besaran dianjurkan di Malaysia bagi menyuarakan penolakan terhadap keganasan Israel.
“Saya akan menyatakan kepada Perdana Menteri supaya mengumpulkan semua parti politik tanpa kira ideologi. Himpunan besar ini harus dipimpin oleh Anwar Ibrahim untuk menyatakan kepada dunia bahawa kita tidak boleh terima apa yang dilakukan oleh Israel memaksa Iran untuk berperang.
“Kita sangat menyokong hak untuk mempertahankan diri kepada Iran. Jadi insya-Allah kita akan bicara dengan Anwar Ibrahim untuk mengadakan perhimpunan paling besar di Malaysia,” katanya.
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dalam ucapannya pula menegaskan pentingnya rakyat Malaysia bersatu, tanpa mengira agama atau latar belakang, dalam mengecam tindakan Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat.
[caption id="attachment_706397" align="aligncenter" width="811"] Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu ketika himpunan solidariti - Mengecam Pencerobohan Israel ke atas Wilayah Islam (Republik Islam Iran) di luar Kedutaan Amerika Syarikat pada 20 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
Lima tuntutan utama memorandum yang dihantar ke Kedutaan AS:
- AS perlu secara terbuka mengecam tindakan haram Israel dan hasutan oleh Donald Trump yang mendorong peperangan terhadap Iran
- hentikan semua bentuk kerjasama ketenteraan dan perisikan AS-Israel yang boleh mencetuskan pencerobohan atau ketidakstabilan serantau
- patuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa, termasuk prinsip tidak menyerang dan larangan hukuman kolektif
- ambil tanggungjawab atas peranan AS dalam menyokong dasar apartheid, pembersihan etnik dan penjajahan ke atas Palestin
- desak tindakan global segera untuk menghentikan permusuhan terhadap Iran dan Gaza serta bawa penjenayah perang ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Sementara itu, semalam Perdana Menteri dalam ucaptama Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-38 menyelar serangan udara Israel ke atas wilayah Iran sebagai tindakan “punitif” dan “tanpa provokasi” yang melanggar undang-undang antarabangsa dan menjejaskan usaha diplomasi.
[caption id="attachment_706396" align="aligncenter" width="812"] Ratusan peserta berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur bagi mengecam pencerobohan Israel ke atas wilayah Republik Islam Iran dalam Himpunan Solidariti pada 20 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_706395" align="aligncenter" width="790"] Himpunan solidariti - Mengecam Pencerobohan Israel ke atas Wilayah Islam (Republik Islam Iran) Luar Kedutaan Amerika Syarikat pada 20 jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_706394" align="aligncenter" width="764"] Ratusan peserta berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur bagi mengecam pencerobohan Israel ke atas wilayah Republik Islam Iran dalam Himpunan Solidariti pada 20 Jun 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]