ad
AGENDA

Gula putih tidak dikenakan cukai di bawah semakan SST

20 Jun 2025, 11:48 AM
Gula putih tidak dikenakan cukai di bawah semakan SST

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Gula bertapis atau lebih dikenali sebagai gula putih, kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataannya hari ini, MOF berkata gula mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran gula halus akan dikenakan Cukai Jualan sebanyak lima peratus.

“Namun, seperti yang diumumkan sebelum ini, pengilang dan penapis gula seperti MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) layak memohon pengecualian cukai ke atas bahan mentah dan inputnya.

“Sehubungan itu, tiada sebab berlaku sebarang kenaikan harga gula bertapis, lebih-lebih lagi kerana penapis gula seperti MSM terus menerima insentif bulanan daripada kerajaan bagi memastikan kestabilan bekalan dan harga,” katanya.

Kenyataan MOF itu adalah sebagai mengulas kenyataan MSM mengenai kesan semakan semula Cukai Jualan ke atas gula mentah.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.