ad
AGENSI

Tiga lorong Plaza Tol Kemuning dinaiki air, trafik perlahan

20 Jun 2025, 10:21 AM
Tiga lorong Plaza Tol Kemuning dinaiki air, trafik perlahan

SHAH ALAM, 20 JUN: Tiga lorong di Plaza Tol Kemuning Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) ditutup sementara akibat air bertakung pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Facebook memaklumkan, tiga lorong yang ditutup sementara itu ialah W01, W02 dan W03.

LLM berkata, kejadian dilapor berlaku 8.19 pagi dan menyebabkan aliran trafik perlahan di lebuh raya berkenaan.

"Orang ramai diminta merancang perjalanan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.