ad
AGENDA

Wanita warga emas maut, rumah dua tingkat terbakar

20 Jun 2025, 8:29 AM
Wanita warga emas maut, rumah dua tingkat terbakar

IPOH, 20 JUN: Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Jalan Raja Abdullah, Kampung Sungai Rapat Tambahan di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada 9.19 malam.

Belliau berkata siasatan awal bersama pasukan unit forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kebakaran itu melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang didiami enam sekeluarga.

“Mangsa seorang lelaki berusia 83 tahun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh manakala mangsa kedua wanita berumur 84 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Empat ahli keluarga lain berumur 18 hingga 49 tahun berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Abang Zainal Abidin berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca kejadian dan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dan mendapatkan khidmat polis dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.