ad
AGENDA

Putin jangka rundingan damai Rusia-Ukraine disambung selepas 22 Jun

19 Jun 2025, 10:32 AM
Putin jangka rundingan damai Rusia-Ukraine disambung selepas 22 Jun

ST. PETERSBURG, 19 JUN: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu berkata rundingan damai antara Rusia dan Ukraine mungkin disambung semula selepas 22 Jun, dengan hubungan antara kedua-dua pihak masih berjalan, lapor Sputnik.

Putin berkata ketua perunding Rusia Vladimir Medinsky telah berbincang dengan rakan sejawatnya dari Ukraine pada hari yang sama.

“Kami masih berhubung. Kumpulan perunding dari kedua-dua pihak masih berkomunikasi.

“Saya baru sahaja bertanya kepada Medinsky — beliau memaklumkan telah berbincang dengan wakil dari Kyiv hari ini.

“Mereka pada asasnya sedang membincangkan kemungkinan untuk mengadakan pertemuan selepas 22 Jun,” kata Putin semasa pertemuan bersama ketua-ketua agensi berita antarabangsa di luar acara Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF).

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.