ad
AGENDA

Gempa bumi 6.1 skala Richter gegar timur Hokkaido, paras laut dijangka berubah

19 Jun 2025, 10:13 AM
Gempa bumi 6.1 skala Richter gegar timur Hokkaido, paras laut dijangka berubah

TOKYO, 19 JUN: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda perairan Semenanjung Nemuro di timur Hokkaido pada Khamis, lapor Xinhua yang memetik Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Menurut JMA, gegaran berlaku pada 8.08 pagi waktu tempatan (2308 GMT Rabu) di kawasan cetek di luar pesisir tenggara semenanjung berkenaan.

Agensi itu memaklumkan bahawa gempa mungkin menyebabkan perubahan kecil pada paras air laut di sepanjang pantai timur Lautan Pasifik Hokkaido, namun tiada risiko kerosakan dilaporkan.

-- BERNAMA-XINHUA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.