ISTANBUL, 19 JUN: Seramai 202 mangsa nahas pesawat Air India Penerbangan 171 yang terhempas di asrama kolej perubatan di bandar Ahmedabad, barat India minggu lalu sudah dikenal pasti melalui ujian DNA setakat Rabu, menurut kerajaan Gujarat.
Menurut kerajaan tempatan, kira-kira 169 daripada mayat yang dikenal pasti sudah diserahkan kepada ahli keluarga, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kejadian berlaku pada Khamis apabila pesawat itu terhempas di kompleks asrama sejurus selepas berlepas.
Media tempatan pada Sabtu melaporkan angka korban meningkat kepada 274 selepas pasukan penyelamat menemukan lebih banyak mayat di lokasi nahas manakala Air India sebelum ini mengesahkan kematian 241 daripada 242 penumpang pesawat itu.
Hanya seorang penumpang terselamat dalam nahas itu.
- BERNAMA-ANADOLU