ad
AGENDA

Polis buru lima pelatih pusat pemulihan dadah di Jelebu larikan diri

18 Jun 2025, 3:14 PM
Polis buru lima pelatih pusat pemulihan dadah di Jelebu larikan diri

SEREMBAN, 18 JUN: Polis sedang memburu lima daripada enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu dekat sini yang melarikan diri dari pusat terbabit, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu Supt Azizan Said berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan yang membabitkan lelaki berumur dalam lingkungan 25 hingga 42 tahun itu pada 1 pagi.

Beliau berkata seorang lagi lelaki berusia 35 tahun yang turut melarikan diri berjaya ditahan semula dalam masa kurang 24 jam, di kawasan berhampiran kilang Rotan Titi Cane, Kongkoi, Jelebu berjarak lima kilometer dari pusat berkenaan.

“Polis melancarkan operasi mengesan dan menangkap kesemua mereka yang melarikan diri itu dengan bantuan Unit Anjing Pengesan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Jelebu.

“Pelatih yang masih diburu ialah P. Tinogaran, 36, beralamat terakhir di Apartment Taman Sentosa, Perak; G. Vinaiyetiran, 36, (Taman Munsyi Ibrahim, Johor); V. Manimaran, 38, (Taman Seri Bernam, Selangor); S. Bala Ganes, 42, (Bandar Baru Sultan Suleiman, Selangor) dan K. Mohanarajh, 25, (Taman Bertuah, Perak),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam bagi membantu siasatan dengan menyalurkannya ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu melalui talian 06-6136222 dan 06-6137999.

Azizan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.