ad
AGENDA

Mercun bernilai lebih RM8 juta dirampas, seorang lelaki ditahan

17 Jun 2025, 11:17 PM
Mercun bernilai lebih RM8 juta dirampas, seorang lelaki ditahan

BUTTERWORTH, 17 JUN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara merampas 9,053 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun tanpa permit bernilai RM8.16 juta di sebuah gudang di kawasan perindustrian Seberang Perai Tengah, di sini hari ini.

Komander Briged Utara PGA SAC Shahrum Hashim berkata dalam operasi penguatkuasaan itu, pihaknya berjaya mencegah kegiatan penyimpanan bekalan mercun secara tidak selamat selain turut menahan seorang lelaki tempatan.

"Hasil soal siasat awal mendapati kesemua bekalan mercun yang disimpan di gudang itu diambil dari Pelabuhan Klang, Selangor untuk dipasarkan ke bahagian utara Semenanjung," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau memaklumkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 sedang dijalankan bagi mengesan mereka yang terlibat dalam kes itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.